Mari Tegakkan Dien

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu..

Perbedaan Seorang Muslim dan Kafir (dasar-dasar Islam 2)

Posted by nourman pada Oktober 20, 2007

oleh Al Ustad Abu A’la Maududi

KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Saudara-saudara sesama Muslim.
Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada
seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang
kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah, sedangkan seorang
kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan seorang kafir akan masuk ke
neraka. Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya, mengapa ada perbezaan yang begitu
besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari
keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la
juga punya tangan,.kaki, mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita
semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di
bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka,
kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan
masuk syurga dan dia masuk neraka?

APAKAH PERBEZAANNYA HANYA SOAL NAMA SAHAJA?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang
begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir, tidak mungkin disebabkan yang
seorang benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan
Robertson; atau kerana yang seorang dikhatan dan yang lain tidak; atau kerana yang
seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya. Allah Yang Maha
Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak
mungkin bertindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya
kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga
sedang yang lain ke neraka.

PERBEZAAN ISLAM DAN KUFUR YANG SEBENARNYA

Apabila, memang, perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan
seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khatan dan daging babi. Kalau begitu, apakah
perbezaan yang sebenarnya antara keduanya? Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana
Islam dan kufur. Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti
ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah
manusia., kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu, berkedudukan mulia
kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya. Yang satu takut akan
hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi perintah-perintahNya.
Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang tinggi itu kerana ia tidak
mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya. Inilah sebabnya mengapa
Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah
menjanjikan kurnia syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang
kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

SEBAB PERBEZAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN

Dari uraian di atas jelaslah bahawa ada dua perkara yang membezakan seorang
Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua
perbuatan.

Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa TuhanNya, apa
perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu kan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai budak dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan engabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tetapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina dimatanya, tetapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia harus memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan mengandung bahaya, tetapi TuhanNya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda bahkan nyawanya. Sebaliknya, apabila ia memandang bahawa sesuatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang pekerjaan tersebut, maka ia harus meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.

lnilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah
yang sejati, yang mendapat limpahan rahmatNya serta kedudukan yang luhur mulia.
Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke
dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan
rahmatNya.

Sekarang, seandainya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tetapi ia
sama bodohnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangnya
kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil,
bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia
memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan
yang berbeza dengan orang kafir tersebut? Dan apa pula alasannya untuk mengatakan
bahawa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat?

Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kebangsaan, kekeluargaan atau persaudaraan yang secara langsung diwarisi oleh orangtua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahmana akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, walaupun betapa bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahmana yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orangtua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam KitabNya:

“… Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu… ” (Al-Quran, al-Hujrat, 49:13)

Artinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati
perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah. Nabi
Ibrahim alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala,
tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintahNya. Itulah sebabnya Allah
mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga
seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya.

Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan
keluarganya, hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh dunia. Kerana itu marilah kita
fahami benar-benar bahawa apa pun perbezaan yang ada diantara seorang manusia
dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan
pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah
dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang
ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi
syarat-syarat ini sama sahaja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak
memperoleh rahmatNya.

MENGAPA ORANG-ORANG MUSLIM TERHINA SEKARANG INI?

Saudara-saudara!

Kita semua menamakan diri orang-orang Muslim, dan kita yakin Allah
melimpahkan rahmatNya kepada orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata
kita dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada kita atau tidak. Apa pun
yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat
kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin di Hindustan ini berjumlah 90 juta
orang (sebelum India terbahagi menjadi India dan Pakistan) jumlah kita demikian besar
sehingga bila masing-masing kita melemparkan sebuah batu, maka longgokan batu itu
akan menjadi sebuah gunung.Tetapi di negeri yang begitu banyak orang-orang
Muslimnya ini, pemerintahan berada di tangan orang-orang kafir. Tengkuk kita berada
dalam cengkaman tangan mereka, dan mereka memutar kepala kita ke arah mana sahaja
yang mereka sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita tundukkan di depan siapa
pun juga kecuali Allah, tetapi sekarang kita tunduk di hadapan manusia – manusia yang
sama seperti kita juga. Kehormatan kita yang semestinya tidak boleh dinodai oleh
sesiapa pun juga, sekarang berlumuran tanah. Tangan kita yang selama ini selalu di atas
sekarang berada di bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir. Kebodohan,
kemiskinan dan hutang telah merendahkan darjat kita di mana-mana.

Apakah ini semua rahmat Allah? Apabila ini semua bukan rahmat melainkan
kemurkaan, maka alangkah anehnya bahawa kita sebagai orang-orang Muslim
mendapatkan kemurkaan Allah! Kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita berkubang
dalam lumpur kehinaan, kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita hidup sebagai
budak-budak! Situasi seperti ini kelihatannya betul-betul tidak mungkin, seperti tidak
mungkinnya suatu benda dalam waktu yang sama berwarna hitam dan putih.

Bila seorang Muslim adalah seorang yang dicintai Allah, bagaimana mungkin hidup terhina didunia ini? Apakah Allah, (na’udzu billah min dzalik), seorang dewa penindas hingga
sementara kita menjalankan kewajipan-kewajipan terhadapNya dan mentaati perintahperintahNya,

Dia membiarkan orang-orang yang menentangNya memerintah kita dan menghukum kita kerana kepatuhan kita kepadaNya? Apabila kita percaya bahawa Allah bukanlah penindas dan bila kita percaya bahawa balasan kepatuhan kepada Allah tidak mungkin berupa kehinaan, maka kita semua harus mengakui bahawa ada sesuatu yang
salah dalam pengakuan kita sebagai orang-orang Muslim. Walaupun dalam KTP
penduduk kita tercatat sebagai orang-orang Muslim, tetapi Allah tidak memberikan
penilaian berdasarkan keaslian kad penduduk yang dikeluarkan oleh pemerintah. Allah
punya pejabat sendiri. Kita harus mencari dalam daftarNya untuk melihat apakah nama
kita termasuk dalam kelompok hamba-hambaNya yang patuh ataukah dalam kelompok
yang tidak patuh?

Allah mengirimkan KitabNya kepada kita, hingga dengan membacanya kita dapat
mengenalNya dan tahu cara-cara untuk menjadi hambaNya yang patuh. Apakah kita
pernah mencuba untuk mengetahui apa yang tertulis dalam Kitab itu? Allah mengutus
RasulNya kepada kita untuk mengajar kita cara menjadi seorang Muslim. Apakah kita
pernah mencuba mengetahui apa yang diajarkan oleh utusanNya itu ? Allah menunjukkan
kepada kita jalan untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan di dunia ini dan di
akhirat nanti. Apakah kita sudah menuruti jalan tersebut? Allah dengan jelas
memberitahukan kepada kita perbuatan-perbuatan yang bagaimana yang dapat
merendahkan kedudukan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah perbuatanperbuatan tersebut sudah kita hindari? Jawapan apa yang dapat kita berikan kepada pertanyaan-pertanyaan ini? Bila kita mengetahui bahawa kita tidak mempunyai
pengetahuan dari Kitab Allah dan dari kehidupan UtusanNya dan tidak pula mengikuti
jalan yang ditunjukkan olehNya, maka bagaimana kita boleh disebut orang-orang Muslim
yang patut menerima rahmatNya? Pahala yang kita perolehi adalah sebanding dengan
darjat kita sebagai Muslim, dan kita akan memperoleh balasan yang seperti itu pula
diakhirat nanti.

Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak tidak ada perbezaan antara
seorang Muslim dengan seorang kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan
perbuatan. Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama dengan pengetahuan
seorang kafir, sedangkan dia menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapannya itu
adalah dusta yang tidak tahu malu. Seorang kafir tidak suka membaca al-Qur’an dan
tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Apabila seseorang yang mengaku Muslim
keadaannya juga demikian, bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim? Seorang kafir
tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan jalan lurus yang telah
ditunjukkannya untuk menuju kepada Allah. Apabila seorang yang mengaku dirinya
Muslim sama bodohnya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang Muslim? Seorang
kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri, bukan perintah Allah. Apabila seorang
yang mengaku Muslim sama seperti ini, keras-kepala, dan hanya mengikuti fikiran dan
pendapatnya sendiri, mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya sendiri,
maka bagaimana ia mempunyai hak untuk menyebut dirinya seorang Muslim (hamba
Allah yang patuh)? Seorang kafir tidak membezakan antara yang halal dan yang haram,
dan mengambil apa sahaja yang menguntungkan dan menyenangkan baginya, tanpa
mempedulikan apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah. Apabila seorang
yang menyebut dirinya Muslim tingkah-lakunya sama dengan seorang yang bukan
Muslim, apa bezanya dia dengan seorang kafir?

Ringkasannya, apabila pengetahuan seorang Muslim tentang Islam sama bodohnya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir?

Atau bukankah hal ini sama dengan perbuatan seorang kafir? Ini adalah masalah yang
harus kita renungkan dalam keadaan yang tenang.

MASALAH YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN DENGAN SERIUS

Saudara-saudara yang tercinta!

Janganlah saudara-saudara mengira bahawa saya mahu men’cap’ orang-orang Muslim
sebagai orang-orang kafir. Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya hanya mengajak
saudara-saudara untuk berfikir dan merenungkan mengapa kita semua tidak
memperoleh rahmat Allah. Mengapa kita menjadi korban bencana dari segala penjuru?

Mengapa mereka yang kita sebut orang-orang kafir, yakni hamba-hamba Allah yang
membangkang kepadaNya, di mana-mana menguasai kita? Dan mengapa kita, yang
menyatakan diri sebagai hamba-hambaNya yang patuh, diperbudak orang di manamana?

Semakin saya merenungkan sebab dari situasi ini, semakin saya merasa yakin
bahawa satu-satunya perbezaan yang tinggal antara kita dengan orang-orang kafir
sekarang ini hanyalah perbezaan dalam nama sahaja, sedangkan kita sama lupanya
kepada Allah dengan mereka, sama tidak takutnya kepadaNya, dan sama pula
pembangkangnya dengan mereka, orang-orang kafir. Tentu sahaja ada perbezaan
sedikit antara kita dan mereka, tetapi perbezaan ini demikian kecil dan tidak bererti apaapa.

Justeru perbezaan itu membuat kita semakin patut memperoleh hukuman dari
Allah, kerana kita tahu bahawa al-Qur’an adalah Kitab Allah tetapi kita
memperlakukannya seperti perlakuan yang diberikan orang-orang kafir kepadanya.
Kita tahu bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti halnya
orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya. Kita tahu bahawa Allah mengutuk para
pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang
yang merasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka. Dia telah menyatakan
bahawa para pengambil dan para pemberi riba adalah penjahat-penjahat yang paling
keji. Dia telah mengatakan bahawa membicarakan orang lain adalah seperti memakan
daging saudara sendiri yang telah mati. Dia telah memperingatkan bahawa kata-kata
dan perbuatan-perbuatan yang kotor, kebiadapan dan perbuatan-perbuatan yang cabul
akan dihukum dengan hukuman yang pedih. Tetapi walaupun kita mengerti itu semua,
namun kita melakukannya dengan bebas seperti orang-orang kafir, seolah-olah kita
sama sekali tidak takut kepada Allah. Inilah sebabnya mengapa kita tidak memperoleh
rahmat, kerana kita tampaknya sahaja adalah orang-orang Muslim, tetapi sebenarnya
kelakuan kita sama sahaja dengan orang-orang kafir. Kenyataan bahawa orang-orang
kafir menguasai dan memerintah kita, dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap
peristiwa, adalah bentuk hukuman atas kejahatan kita yang telah tidak menghargai
nikmat kurnia Islam yang telah dilimpahkan kepada kita.

Saudara-saudara yang tercinta!

Apa yang saya katakan pada hari ini tidaklah ditujukan untuk menyalahkan anda
semua. Kedatangan saya ke sini bukanlah untuk mencela saudara-saudara. Maksud saya
hanyalah untuk menyedarkan dan mengajak anda semua untuk memperoleh kembali apa
yang telah hilang dari tangan kita. Keinginan untuk memperoleh kembali harta yang
hilang akan timbul, bila seseorang menyedari apa yang telah hilang dari tangannya dan
betapa bernilainya harta yang hilang itu. Kerana itulah saya mencuba untuk
menyedarkan anda semua. Bila anda semua mengerti dan sedar bahawa sesungguhnya
anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian
hilang dari tangan anda, maka anda pasti akan berfikir untuk memperoleh harta itu
kembali.

KEMAHUAN UNTUK MEMPEROLEH PENGETAHUAN

Dalam khutbah saya yang telah lalu saya telah mengatakan kepada anda bahawa untuk
menjadi seorang Muslim yang sejati, syarat yang pertama-tama bagi seseorang adalah
pengetahuan tentang Islam. Setiap Muslim harus mengetahui apa yang diajarkan oleh al-
Qur’an, sistem kehidupan apa yang diikuti oleh Rasulullah, apa makna Islam, dan hal-hal
apa sebenarnya yang membezakan Islam dari kufur. Tidak seorang pun yang lazimnya
menjadi seorang Muslim tanpa mengetahui hal-hal ini. Tetapi sayang sekali bahawa anda
semua tampaknya tidak ghairah untuk memperoleh pengetahuan tersebut. Ini
menunjukkan bahawa anda semua masih belum menyedari betapa besar kurnia yang
terlepas dari tangan anda. Saudara-saudara! Seorang ibu tidak akan memberikan air
susunya kepada anaknya sebelum si anak menangis minta disusukan. Kalau seorang
manusia merasa haus, dia sendiri harus mencari air dan Tuhan pun sudah menyediakan
air itu. Bila anda sendiri tidak merasa haus, tidak akan ada gunanya sebuah sumber air
yang memancar di hadapan anda. Jadi anda harus menyedari terlebih dahulu betapa besar
kerugian anda dengan tidak memahami din. Kitab Suci Allah ada beserta anda, tetapi
anda tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Kerugian apa yang lebih besar daripada
ini? Anda bahkan tidak mengetahui makna kalimah syabadah yang dengan membacanya
anda menjadi seorang Muslim; tidak pula anda mengetahui tanggungjawab apa yang
terpikul di atas bahu anda setelah anda membaca kalimah tersebut. Adakah kerugian yang
lebih besar bagi seorang Muslim selain daripada ini? Anda tahu besarnya kerugian anda
bila padi di sawah anda terbakar; anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya
pekerjaan; anda boleh merasakan sedihnya kehilangan harta benda. Tetapi anda tidak
tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam. Kalau anda menyedari
kerugian ini, maka anda akan berusaha sendiri untuk menebus kerugian ini. Dan bila
anda sendiri mahu berusaha, maka Insya Allah, Allah akan. memberikan jalan bagi anda
untuk memperoleh kembali harta anda yang telah hilang itu, dan Allah menyelamatkan
anda dari kerugian yang besar ini.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: